Watak GetBackers

GetBackers

Amano Ginji (天野銀次)Ginji mula-mulanya merupakan ketua geng "Volts" yang menggerunkan di Infinite Castle. Dia digelar "Thunder Emperor" (雷帝, Raitei) kerana kebolehan mengawal elektrik. Kuasa ini mengurniakannya beberapa kebolehan luar biasa seperti kuasa regeneratif mengagumkan serta menjadi seolah-olah "magnet dan bateri manusia".Midō Ban (美堂蛮)Ban kelihatan seperti lelaki yang kasar dan besar kepala kerana rambutnya bercacak, berkaca mata hitam dan suka memanggil orang lain dengan nama jolokan. Namun begitu, dia sebenarnya baik hati dan amat berbakat. Kebolehannya termasuk jelingan "Evil Eye" (邪眼, Jagan) yang menyebabkan sesiapa yang terkena pandangannya mengalami igauan, dan genggaman "Patukan Ular" yang berkuasa 200 kilogram-daya.

Volt Kings

Fūchōin Kazuki (風鳥院花月)Kazuki pernah mengetuai sebuah geng bergelar Fuuga (風雅, "Anggun") sebelum menyertai Volts di bawah pimpinan Thunder Emperor. Sungguhpun berupa dan berpakaian macam perempuan, Kazuki sebenarnya lelaki. Kazuki menggunakan benang koto yang halus apabila bertempur, maka bergelar "Thread Master".Fuyuki Shido (冬木士度)Shido berkebolehan menjinakkan dan berkawan dengan haiwan buas, maka dia juga dipanggil "Beastmaster". Hubungan Shido dengan Ban kurang mesra dan Ban selalu memanggilnya "budak monyet".MakubeXSewaktu masih kecil dia dijumpai dalam guni. Nama sebenarnya tidak diketahui, dia dinamakan sedemikian sempena nama keluarga "Makube" (間久部) pada guni itu, ditambah huruf "X" sebagai lambang bagi yang tidak diketahui. MakubeX ialah seorang penggodam komputer yang berkemahiran tinggi.Kurusu Masaki (来栖征)Masaki memperoleh teknik yang membolehkannya mengawal cahaya untuk menembusi apa-apa pertahanan zahir, membutakan mata lawannya dan menyebabkan kecederaan dalaman, maka digelar "Flash Master" (閃光の支配者).

Transporters

Akabane Kuro'udō/"Dr. Jackal" (赤屍蔵人)Dr. Jackal ialah ketua Transporters yang licik dan hedonis (iaitu bekerja semata-mata untuk keseronokan). Dia menyorok 108 bilah skalpel bedah amat tajam sebagai senjata utamanya dalam badannya. Dr. Jackal pernah bertugas sebagai seorang doktor di medan perang sehingga kegagalan menyelamatkan seorang kanak-kanak menyebabkan perwatakannya berubah menjadi seperti sekarang.Kudō Himiko (工藤卑弥呼)Himiko menghasilkan beraneka "racun" yang menyebabkan sesiapa yang terhidu baunya mengalami kesan yang aneh seperti tertidur, berkelakuan seperti monyet, organ dalaman terbakar, dan sebagainya. Hubungan Himiko dan Ban mula-mulanya seolah-olah adik-beradik sehingga dia terlihat tangan Ban berlumuran darah abangnya, Yamato, yang dibunuh lalu menimbulkan dendam.

The Honky Tonk

Honky Tonk ialah nama kedai kopi yang selalu dikunjungi GetBackers.

Paul Wan (王波児, Wan Pōru)Dia ialah tauke The Honky Tonk. Ginji dan Ban selalu berhutang kepadanya sehingga dia terpaksa memaksa mereka bekerja sambilan di kedainya, enggan memberi makanan kepada mereka atau menghalau mereka keluar. Dia bersama bapa Ban merupakan generasi pertama GetBackers yang kini sudah diwarisi kepada Ginji dan Ban.HevnJelitawan berdaya usaha yang berbuah dada montok ini kadang-kala berpakat dan kadang-kala berselisih dengan GetBackers. Dia merupakan perunding antara pelanggan yang membayar harga lumayan dan perkhidmatan pengambilan semula (termasuk GetBackers). Dia selalu mengunjungi The Honky Tonk dan ramah dengan Paul dan Ginji tetapi dingin pula dengan Ban.Natsumi Mizuki (水城夏実)Natsumi ialah seorang pelajar sekolah tinggi yang bekerja sebagai pelayan sambilan di Honky Tonk. Natsumi sentiasa prihatin akan keselamatan Ginji dan Ban.