Getaran_Jiwa_(lagu)

Getaran Jiwa ialah lagu yang digubah dan dirakam oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, dengan liriknya oleh S. Sudarmaji. Lagu ini juga dinyanyikan oleh beliau yang melakonkan watak Ghazali, kepada Tengku Zaleha (Saadiah) dalam filem Antara Dua Darjat yang ditayangkan pada tahun 1960[1]. Lagu Getaran Jiwa telah mencapai taraf "malar hijau" sehingga ramai artis lain yang merakam semula lagu ini dalam pelbagai bentuk, dari dahulu hingga kini. Lagu ini juga pernah disadur oleh pengubah lagu asing iaitu Lobo dengan tajuk Whispers in the Wind.[2] Lagu ini masih diminati sehingga kini sebagaimana yang dipersembahkan oleh Jamal Abdillah melalui konsert Jamal... Kembara Seniman pada tahun 2009.[3]