Ghazal (
Parsi:
غزل;
Turki gazel) merupakan puisi yang mengandungi yang berasal sekitar 670 M, dari Parsi. Ia biasanya adalah puisi kasih sayang yang mempunyai pola irama ringan dan diiringi muzik. Ghazal popular di daerah Muar dan Batu Pahat.Dalam
sastera (dan sebagai lirik lagu), ghazal adalah
bentuk puisi poetic form mengandungi
rangkap yang berkongsi
rima dan refrain. Setiap baris mesti berkongsi ukuran yang sama. Secara etimologi, perkataan "ghazal" secara harfiah merujuk pada "tangisan kematian seekor
gazel". Haiwan itu dipanggil ghizal. Secara tradisinya, ghazal adalah ungkapan cinta, perpisahan dan kesunyian yang sesuai dilambangkan oleh gazel. Jadi, ghazal dapat difahami sebagai ungkapan berbentuk puisi tentang kesakitan akibat kehilangan seseorang yang dikasihi atau perpisahan dan keindahan cinta meskipun pedih. (Dalam
bahasa Arab perkataan "ghazal" secara harfiahnya bererti "berbicara dengan wanita"). Ghazal dalam bentuk silam, bermula pada
abad ke 10 ayat
bahasa Persia. Ia adalah dari
qasida Persia, yang sebelum itu diambil dari bentuk Arab yang boleh dikesan bermula seawal
abad ke 8. Ghazal berkembang ke
India pada
abda ke 12 di bawah pengaruh
Mughal. Walaupun ghazal merupakan bentuk
puisi Urdu yang terkemuka, masa kini ia mempengaruhi puisi banyak bahasa.Ghazal ditulis oleh penyair dan ahli sufi Persia,
Jalal al-Din Muhammad Rumi (
abad ke-13) dan
Hafez (
abad ke-14), penyair Turki
Fuzuli (
abad ke-16), dan juga
Mirza Ghalib (
1797-
1869) dan
Muhammad Iqbal (
1877-
1938), yang menggunakan bahasa Parsi dan Urdu. Melalui pengaruh
Johann Wolfgang von Goethe (
1749-
1832), ghazal menjadi popular di
Jerman pada
abad ke-19, dan bentuk ini digunakan secara meluas oleh
Friedrich Rückert (
1788-
1866) dan
August von Platen (
1796-
1835). Penyair
Kashmir-
Amerika Syarikat Agha Shahid Ali juga merupakan penyokong bentuk ini, dalam bahasa Inggeris dan bahasa lain; dia menyunting jilid "real ghazals in English."