Muhammad_Iqbal

Sir Muhammad Iqbal (Urdu: محمد اقبال‎‎) (November 9, 1877 – April 21, 1938), juga dikenali sebagai Allama Iqbal (علامہ اقبال‎), ialah seorang ahli falsafah, pemuisi dan ahli politik[1] di India British yang dianggap umum sebagai pengilham Pergerakan Pakistan. Beliau dikira seorang daripada tokoh terkemumuka dalam sastera Urdu,[2] dan berkarya dalam bahasa-bahasa Urdu dan Parsi.[1][2]Iqbal disanjung sebagai seorang pemuisi klasikal bukan sahaja oleh para sarjana Pakistan, tetapi juga para sarjana India, Iran dan negara-negara lain.[3][4] Walaupun Iqbal lebih dikenali sebagai seorang penyair terkenal, namun beliau juga adalah seorang yang sangat terkenal "pemikir falsafah Islam zaman moden".[1][4] Buku puisi pertama beliau, Asrar-e-Khudi (Rahsia Diri), tampil dalam bahasa Parsi pada tahun 1915. Buku-buku puisi lain termasuk Rumuz-i-Bekhudi, Payam-i-Mashriq dan Zabur-i-Ajam. Antara kerja-kerja puisi beliau, karya bahasa Urdu yang paling terkenal ialah Bang-i-Dara, Bal-i-Jibril, Zarb-i Kalim (Tongkat Musa) dan sebahagian daripada Armughan-e-Hijaz (Hadiah dari Hijaz).[5]Di Iran dan Afghanistan, beliau terkenal sebagai Iqbāl-e Lāhorī (اقبال لاهوری‎) (Iqbal dari Lahore), dan beliau amat diminati buat karya bahsa Parsinya.[6] Selain daripada puisi Urdu dan Parsi, syarahan dan persuratan Iqbal dalam bahasa Urdu dan Inggeris juga berpengaruh dalam pertikaian sosial, keagamaan dan politik.[5]