Ghetto_Nazi
Ghetto_Nazi

Ghetto_Nazi

Dengan bermulanya pencerobohan Poland semasa Perang Dunia II, rejim Jerman Nazi mendirikan ghetto diseluruh taklukan Eropah agar dapat memisahkan dan membatasi orang Yahudi, dan kadangkala orang Gipsi, kepada seksyen-seksyen kecil bandar dan bandaraya lalu menambah lagi penganiayaan mereka. Didalam dokumen Jerman, dan papan tanda di pintu masuk ghetto, pihak Nazi biasanya merujuk mereka sebagai Jüdischer Wohnbezirk atau Wohngebiet der Juden, diterjemah sebagai Kawasan Yahudi. Terdapat beberapa jenis yang berbeza seperti ghetto terbuka, ghetto tertutup, kerja, transit, dan pemusnahan ghetto, seperti yang ditakrifkan oleh ahli-ahli sejarah peristiwa Holokus. Dalam beberapa kes, mereka adalah tempat penentangan bawah tanah Yahudi terhadap penjajahan Jerman, dikenali secara kolektif sebagai pemberontakan ghetto.[1]