Sinopsis Gianni_Schicchi

Buoso Donati meninggal dunia. Keluarga dan sanak saudara beliau meratapi kematian beliau namun segala-galanya terhenti apabila mendengar khabar angin bahawa beliau mewariskan semua harta pusaka beliau kepada biara tempatan. Mereka terus panik dan sibuk mencari surat wasiat tersebut.

Rinuccio berjaya mencari wasiat tersebut tetapi tidak mahu memberikannya kepada makciknya, Zita sehingga Zita bersetuju untuk mengahwinkan beliau dengan Lauretta, anak Schicchi. Schicchi dan Lauretta tidak kaya dan dipandang rendah oleh mereka yang lain.

Setelah membaca isi surat wasiat itu, mereka kecewa kerana khabar angin yang didengari adalah betul. Walaupun Rinuccio member surat wasiat tersebut kepada keluarganya, mereka masih tidak bersetuju perkahwinan antara Rinuccio dan Lauretta.

Keluarga tersebut bercadang untuk menukar isis wasiat dan menyuruh Schicchi menyamar sebagai si mati dan memanggil saksi untuk penulisan wasiat. Apabila saksi wasiat tiba, Schicchi yang menyamar sebagai si mati mengumumkan segala harta simati harus diberikankan kepada beliau. Selepas si saksi meninggalkan rumah, Schicchi menghalau semua orang dari rumah yang kini menjadi milik beliau.Lauretta (anak kepada Schicchi) kini ada cukup wang untuk mengahwini Rinuccio. Si bapa, Schicchi bertanya budi bicara penonton.