Giggle_Garage

Giggle Garage Sdn. Bhd. (juga dikenali sebagai Giggle Garage Animations) ialah sebuah studio animasi Malaysia yang beribu pejabat di Cyberjaya, Selangor, diasaskan oleh Juhaidah Joemin dan Zeno Gabing pada 11 November 2010.[1][2]Giggle Garage terkenal dengan siri animasi terbitannya seperti Origanimals, Kazoops! dan Cam & Leon.[3] Studio ini juga sedang menyiapkan beberapa projek lain, termasuk sebuah siri animasi tanpa dialog bertajuk Fridgies.[1]Produk dan perkhidmatan teras studio terdiri daripada pembangunan kandungan asal, penerbitan bersama serta pembekal perkhidmatan untuk pra-penerbitan, penerbitan dan pasca-penerbitan.[1]