Gigi_bongsu

Gigi bongsu adalah gigi geraham ketiga yang muncul pada usia sekitar 18-30 tahun.Gigi bongsu termasuk dalam kategori struktur vestigial, iaitu struktur yang fungsi asalnya hilang atau berkurangan selaras dengan evolusi. Banyak ahli sains berpendapat bahawa perubahan pada jenis makanan manusia moden daripada makanan mentah kepada makanan yang dimasak menjadikan makanan lebih lembut. Selain itu, pemeliharaan gigi moden mengalami kemajuan pesat. Disebabkan itu, kadar kerosakan gigi berkurangan. Kehadiran gigi bongsu sepatutnya dapat membantu sekiranya ada geraham lain rosak, namun kini ia menjadi masalah kepada banyak orang kerana ia sudah tidak diperlukan.