Perubatan Gigi_bongsu

Cabut gigi

Sebelum dicabut, gigi umumnya akan digambar terlebih dahulu dengan menggunakan sinar X untuk mengetahui bentuk, kedudukan dan kedalaman gigi. Proses mencabut gigi bongsu biasanya dilakukan dengan bius setempat, namun kadangkala juga dilakukan dengan bius penuh. Walaupun tergolong dalam pembedahan kecil, namun proses mencabut gigi sebaiknya dilakukan secara profesional oleh doktor gigi, untuk mengelakkan sebarang jangkitan atau kerumitan selepas prosedur mencabut gigi tersebut.

Perkara yang perlu diambil tahu setelah mencabut gigi

'Untuk mempercepatkan proses penyembuhan:'

  • Cuba berehat sepanjang hari dan tidak melakukan kerja-kerja berat.
  • Elakkan merokok. Seelok-eloknya selama proses penyembuhan (3-4 hari), minimum selama 24 jam selepas prosedur.
  • Elakkan berkumur atau menggosok gigi selama 24 jam selepas prosedur
  • Selepas 24 jam, kebersihan dapat dijaga dengan berkumur air suam bergaram (1 sudu teh garam untuk 1 gelas air) minimum 4 kali sehari. Berkumurlah dengan hati-hati kerana tekanan boleh menyebabkan lubang bekas operasi terbuka lagi dan terjadi pendarahan.
  • Selepas 24 jam, menggosok gigi boleh dilakukan dengan hati-hati, terutama di bilik pembedahan.
  • Bila diberi ubat penahan sakit dan antibiotik, minumlah mengikut arahan doktor. Antibiotik harus dihabiskan walaupun gigi sudah tidak terasa sakit. Sebaliknya, ubat penahan sakit boleh dihentikan bila sakit mulai reda.
  • Makan dan minumlah seperti biasa. Hindari berdiet, kerana makan dan minum yang cukup sangat penting untuk proses penyembuhan.
  • Hindari minum menggunakan sedutan kerana tekanannya boleh melepaskan gumpalan darah pada lubang pembedahan.
  • Elakkan minuman berkarbonat kerana buihnya dikatakan dapat melepaskan gumpalan darah pada lubang pembedahan. Minuman jus buah terutama yang masam sangat disarankan.
  • Suplemen tambahan vitamin C digalakkan.
  • Untuk menghindari bengkak, selepas pembedahan rahang sebaiknya dituam dengan ais atau air sejuk. Tampalkan pelekat dingin selama 15 minit, diselangi 10 minit tanpa pelekat, diulang sehingga waktu rehat malam.
  • Pada hari-hari setelah hari pembedahan, rahang dapat dituam[1] dengan pelekat hangat, untuk menstimulasi peredaran darah di kawasan gigi bongsu yang boleh mempercepatkan penyembuhan.

Selain hal-hal di atas, bius yang dilakukan sebelum pembedahan juga dapat mempengaruhi kemampuan fizikal dan mekanikal. Jangan memandu, melakukan pekerjaan yang memerlukan daya tumpuan yang tinggi tinggi, atau menandatangani dokumen penting pada hari yang sama. Bila menggunakan bius penuh, disarankan ada orang yang menemani sepanjang satu hari tersebut (sebelum bius hilang kesan).