Gila-Gila_Pengantin_(siri_televisyen)


Siri televisyen Gila Gila Pengantin menampilkan kisah perkembangan dunia butik fesyen terutamanya untuk bakal-bakal pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga. Gila Gila Pengantin disiarkan sebanyak sebanyak 26 episod melalui ntv7 pada 19 Mei 2005 hasil adaptasi daripada filem Gila-Gila Pengantin dan filem Gila-Gila Pengantin Remaja.Menurut Aziz, idea untuk menerbitkan siri TV terbitan Ace Motion Pictures Sdn. Bhd. itu datangnya daripada isterinya, Noraliah Lee. [1] Siri Gila Gila Pengantin mengisahkan tentang Jaafar (lakonan Razak Ahmad) dan Sally (Sharifah Shahirah) yang bersaing dalam mengusahakan butik masing-masing. Ketika mereka saling bersaing dalam bidang perniagaan mereka, tetapi dalam masa yang sama adik Jaafar iaitu Erra dan adik Sally, Jefri pula saling jatuh cinta.