Sinopsis Gila-Gila_Remaja_2

Kisah percintaan tiga segi remaja yang mengakibatkan pergolakan persahabatan, kekeluargaan dan dendam. Afiq (Hairul Azreen) pemuda yang berasal dari keluarga kaya dan meminati sukan permotoran motor cross. Musuh ketat si Afiq ni adalah Kris (Hanis Kamal) kerana Kris meminati Erna (Bella Dally) iaitu teman wanita Afiq pada mulanya. Kemudian kehadiran pelajar baru iaitu Lisa (Faralyna Idris) membuatkan Afiq mula menyukai Lisa. Perkara itu dihidu oleh Erna dan beliau mula merancang sesuatu selepas tersebarnya cerita percintaan diantara Afiq dan Lisa. Kris yang sememangnya tidak menyukai Afiq dipergunakan oleh Erna yang kononnya akan menerima Kris sebagai kekasih. Abang Lisa (Fizz Fairuz) sering menasihati Lisa agar berhati-hati tetapi sering dimanjakan oleh abang saudara Lisa (Taiyuddin Bakar).