Gila_Gusti

Gila Gusti merupakan filem aksi komedi Malaysia 2022. Ia mengisahkan dua peminat gusti yang membantu seorang ahli gusti professional tempatan untuk mencari semula semangat demi menangi semula kejuaraan gusti selepas tewas.[1]Ia ialah filem pertama bertemakan gusti profesional (pro wrestling) di Malaysia. Ia menampilkan ahli gusti professional terkenal di Malaysia iaitu Ayez Shaukat-Fonseka, dan dibintangi oleh Elizabeth Tan, Ayez Shaukat, dan Aisar Khaledd.[2]Filem ini ditayangkan di pawagam pada 17 Mac 2022 di Malaysia, Brunei dan Singapura.