Teori Gilang_(fenomena_optik)

Gilang suria dan spektrum Brocken dari gunung Crib Goch, Wales pada tahun 2008

Penjelasan saintifik masih lagi dikaji dan diperdebatkan. Pada tahun 1947, ahli falak Belanda Hendrik van de Hulst mengusulkan bahawa gelombang permukaan terlibat. Beliau mengagak bahawa lingkaran gilang yang berwarna terhasil akibat gangguan dua sinaran antara gelombang permukaan laluan "pendek" dan "panjang"—yang terhasil oleh sinaran cahaya memasuki titisan pada titik diameter yang bertentangan (kedua-dua sinar menglami satu pantulan dalaman).[2] Satu teori baharu oleh ahli fizik Brazil Herch Moysés Nussenzveig sebaliknya mengusulkan bahawa tenaga cahaya yang terpancar kembali oleh gilang datang daripada penerowongan gelombang (sama dengan penggandingan gelombang evanesen), yang merupakan sebuah interaksi antara gelombang cahaya evanesen bergerak di permukaan titisan dan gelombang di dalam titisan.[3]

Rujukan

WikiPedia: Gilang_(fenomena_optik) http://www.philiplaven.com/p2c1a.html http://ljmayes.pnyhost.com/var/glorytxt.htm http://www.scientificamerican.com/article.cfm?id=t... http://www.wunderground.com/blog/JeffMasters/the-3... http://hyperphysics.phy-astr.gsu.edu/hbase/atmos/c... http://freespace.virgin.net/ljmayes.mal/var/gloryt... http://journals.ametsoc.org/doi/pdf/10.1175/2009BA... http://www.opticsinfobase.org/abstract.cfm?URI=ol-... http://www.atoptics.co.uk/droplets/glory.htm https://www.youtube.com/watch?v=jpmEfGHEeqc