Gimbal
Gimbal

Gimbal

Gimbal ialah sokongan berpangsi yang membolehkan putaran sesebuah objek pada satu paksi tunggal. Satu set tiga buah gimbal, satu ditetapkan pada yang lagi sebauh dengan paksi pangsi ortogon, boleh digunakan untuk membolehkan objek yang ditetapkan pada gimbal paling dalam untuk kekal tidak bersandar pada putaran sokongannya (contohnya, mencancang dalam animasi pertama). Contohnya, di atas sebuah kapal, giroskop, kompas atas kapal, dapur, dan juga pemegang minuman yang biasanya menggunakan gimbal untuk mengekalkannya menegak berhubungan dengan ufuk sungguhpun anggulan dan gulingan.Ampaian gimbal yang digunakan untuk menetapkan kompas dan yang sepertinya kadang-kadang dipanggil ampaian Cardan sempena ahli matematik dan ahli fizik Itali, Gerolamo Cardano (1501–1576), yang memerihalkannya secara terperinci. Walau bagaimanapun, Cardano tidak mencipta gimbal, atau mendakwa bahawa beliau menciptanya. Peranti ini sejak itu telah diketahui sejak baharian dan mungkin tidak mempunyai pencipta tunggal yang boleh dikenal pasti.[1][2]