Kerjaya Girl's_Day

2010–2011

Girl's Day pada tahun 2012

Pada bulan Julai 2010, Girl's Day membuat debut bersama lima orang ahli: Jihae, Jisun, Jiin, Sojin dan Minah. Lagu pertama oleh Girl's Day, "Tilt My Head" ("갸우뚱") dikeluarkan pada 7 Julai. Album mini pertama mereka, Girl's Day Party #1 dikeluarkan dua hari kemudian. Kumpulan ini menyusuli promosi untuk lagu "Tilt My Head" dengan lagu "How About Me" ("나어때") di mana mereka mengeluarkan sebuah video muzik pada 21 Julai. Dua bulan selepas kumpulan ini membuat debut, Jisun dan Jiin meninggalkan kumpulan ini. Yura dan Hyeri kemudiannya ditambah untuk menggantikan mereka. Girl's Day Party #2 dikeluarkan pada 29 Oktober dengan lagu "Nothing Lasts Forever" ("잘해줘봐야") digunakan sebagai lagu utama.

Pada bulan Mac 2011, Girl's Day mengeluarkan secara digital Girl's Day Party #3 bersama lagu "Twinkle Twinkle" ("반짝반짝"). Lagu ini mencapai kejayaan komersial dengan menduduki tempat ke–4 di dalam carta bulanan digital Melon pada bulan April. Secara keseluruhan, lagu ini menduduki tempat ke–39 di dalam carta tahunan Melon. Pada 7 Mei, kumpulan ini membuat persembahan di dalam konsert luar negara pertama mereka yang berlangsung di Taiwan. Konsert ini dianjurkan oleh Organisasi Pelancongan Korea dan juga menampilkan persembahan oleh U-KISS dan Super Junior-M.

Pada bulan Julai, Girl's Day mengeluarkan album mini kedua mereka bertajuk Everyday bersama "Hug Me Once" ("한번만 안아줘") sebagai lagu utama. Kumpulan ini mengeluarkan Girls' Day Party #4 pada bulan September bersama lagu "Don't Flirt" ("너, 한눈 팔지마!"). Keluaran ini mencatatkan prestasi baik secara digital dengan menduduki tempat 50 teratas di dalam carta bulanan digital Melon selepas ianya dikeluarkan.

2012–2013

Di perjumpaan peminat pada tahun 2013

Girl's Day mengeluarkan album mini ketiga, Everyday 2 pada 17 April 2012. Ia mengandungi lagu "Telepathy"-ditulis dan diterbitkan oleh Sojin selain daripada lagu utama, "Oh! My God". Pada 17 Oktober, Dream Tea Entertainment mendedahkan bahawa Jihae telah meninggalkan kumpulan ini atas sebab-sebab peribadi.[1] Baki empat ahli Girl's Day kembali pada 26 Oktober menerusi lagu "Don't Forget Me" dari Girl's Day Party #5.

Pada bulan Februari 2013, Girl's Day mengeluarkan lagu single, "White Day".[2] Ia disusuli dengan album Expectation pada 14 Mac. Lagu utama album, "Expectation" ("기대해") mencapai kejayaan komersial dan memenangi anugerah 'Lagu Terbaik Tahunan Long-Run' di Anugerah K-Pop Carta Gaon ketiga.[3] Ia juga menduduki tempat ke–36 keseluruhan di dalam carta tahunan digital Melon. Mereka juga mempromosi lagu "Female President" ("여자대통령"). Selepas Expectation, kumpulan ini mengeluarkan Girl's Day Party #6 bersama "Please Tell Me" sebagai lagu utama. Mereka juga mengeluarkan "Let's Go" ("렛츠 고"), sebuah lagu yang ditulis dan digubah oleh Sojin.

2014–2016

Girl's Day pada tahun 2014

Pada 3 Januari 2014, Girl's Day mengeluarkan album mini keempat mereka, Everyday 3. Lagu "Something" ("썸씽") menduduki tempat ke–2 di dalam Carta Digital Gaon. Lagu ini juga menduduki tempat pertama di dalam Carta bulanan Digital Gaon. Promosi langsung Girl's Day untuk lagu "Something" berjaya memenangi lima anugerah rancangan muzik. Mereka kemudiannya memenangi 'Persembahan Tarian Terbaik oleh Kumpulan Wanita' di Anugerah Muzik Asia Mnet 2014. Lagu ini menduduki tempat ke–9 di dalam carta tahunan digital Melon. Pada bulan Julai, kumpulan ini mengeluarkan album mini kelima mereka, Everyday 4 bersama lagu utama, "Darling" yang menduduki tempat ke–27 di dalam carta tahunan digital Melon. Pada 15 Oktober, kumpulan ini mengeluarkan album mini dan lagu balada, "I Miss You" ("보고싶어").[4]

Pada bulan Mei 2015, Girl's Day mengeluarkan lagu "Hello Bubble" dalam pengendorsan bersama jenama penjagaan rambut, Mise-en-scène.[5] Kumpulan ini menuju ke Okinawa pada bulan Jun untuk menjalani penggambaran program realiti MBC, One Fine Day.[6] Girl's Day mengeluarkan album kedua mereka, Love bersama lagu utama, "Ring My Bell" pada bulan Julai 2015.[7] Album ini juga mengandungi lagu "With Me", "Come Slowly", "Macaron" dan "Top Girl".[8] Girl's Day membuat debut mereka di Jepun pada 30 September menerusi album Girl's Day 2015 Autumn Party. Album ini mengandungi versi Bahasa Jepun untuk "Darling", "Twinkle Twinkle" dan "Ring My Bell". Girl's Day juga mengadakan persembahan di Taipei, Taiwan pada 1 November di mana mereka mempersembahkan 12 lagu mereka di hadapan 2000 peminat.[9]

Rujukan

WikiPedia: Girl's_Day http://www.allkpop.com/article/2014/01/girls-day-t... http://www.allkpop.com/article/2015/06/girls-day-t... http://dai5y.com http://www.kpopherald.com/view.php?ud=201505111735... http://news.nate.com/view/20121017n09487 http://news.nate.com/view/20121231n08776?mid=e0102 http://entertain.naver.com/read?oid=382&aid=000036... http://en.asiatoday.co.kr/view.php?key=20150624001... http://mwave.interest.me/enewsworld/en/article/994... http://isni.org/isni/0000000460175857