Sinopsis Girlfriend_Kontrak

Mengisahkan tentang Alisa seorang gadis kampung yang meminati kelip-kelip. Alisa ingin menyelamatkan kelip – kelip yang ada daripada di musnahkan oleh syarikat milik seorang jutawan playboy, Umar. Monaki Development Corp Bhd telah mengambil Alisa berkerja dengannya untuk menangani kontroversi projek pembangunan milik Umar.Konflik juga tercetus antara Umar dan ayahnya yang mahu menyerahkan projek miliknya kepada Zain, bakal abang tiri Umar yang mempunyai hasrat dan dendam untuk menjatuhkan Umar.[4]

Alisa harus mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran termasuk gangguan dari Farrah (Fara Fauzana) yang mahu menjatuhkannya. Rancangan jahat Farrah turut disertai oleh Zain, bakal abang tiri Umar (Bront Palarae) yang juga berniat untuk merampas kedudukan Umar dalam syarikat. Harith (Azad Jasmin), seorang lelaki metroseksual yang berkerja dengan Umar dan ditugaskan untuk mengubah imej Alisa, daripada gadis kampung, kepada wanita moden dengan personaliti menarik.[5]

Adakah Umar dan Alisa akan berjaya dalam misi masing-masing?