Gisaeng
Gisaeng

Gisaeng

Gisaeng (Hangul: 기생; Hanja: 妓生; RR: gisaeng) atau ginyeo (Hangul: 기녀; Hanja: 妓女), merupakan penghibur sah yang wujud sejak kerajaan Goryeo untuk berkhidmat kepada golongan tertentu seperti yangban dan raja-raja. Bahkan, mereka juga memberikan perkhidmatan seksual untuk golongan disebut ini.[1][2]Kebanyakan daripada mereka diambil kerja dalam istana raja, namun mereka turut didapati di serata negara. Mereka mendapat latihan terperinci dalam bidang tertentu seperti seni-seni halus, tembikar dan sastera; namun dipandang rendah akibat status sosial mereka. Golongan kisaeng ini memainkan peranan penting dalam pembentukan tanggapan masyarakat Korea mengenai budaya tradisi yang wujud dalam zaman Joseon.