Glasnost

 Glasnost (bantuan·maklumat) (Bahasa Rusia: гла́сность, IPA: [ˈglasnəsʲtʲ] "keterbukaan") ialah dasar publisiti, keterbukaan dan ketelusan maksima dalam segala kegiatan institusi kerajaan dalam Kesatuan Soviet, diiringi kebebasan penerangan, yang diperkenalkan Mikhail Gorbachev. Istilah ini sering dipakai oleh Gorbachev untuk menggariskan dasar-dasar yang dipercayainya boleh mengurangkan gejala rasuah di peringkat atasan Parti Komunis dan kerajaan Soviet, serta membendung salah guna kuasa di Jawatankuasa Pusat. Glasnost juga memaksudkan satu zaman tertentu yang kurangnya penapisan dan lebihnya kebebasan informasi dalam sejarah Kesatuan Soviet pada dekad 1980-an.