Senator Gloria_Macapagal-Arroyo

Walaupun ayahnya pernah berkhidmat sebagai Presiden Filipina, Arroyo tidak menyertai bidang politik sehingga tahun 1992, iaitu 27 tahun selepas ayahnya meninggalkan jawatannya. Beliau dipilih sebagai ahli Senat Filipina pada tahun 1992, dan dipilih sekali lagi pada tahun 1995. Dalam pemilihan kedua ini, beliau memperoleh hampir 16 juta undi, satu pencapaian yang tertinggi oleh mana-mana satu ahli politik untuk mana-mana satu jawatan dalam sejarah pilihan raya Filipina. [1]

Sebagai penggubal undang-undang semasa beliau menyandang jawatan senator, Arroyo mengutarakan melebihi 400 rang undang-undang dan mengarang atau menyokong 55 buah undang-undang yang berkaitan dengan ekonomi. Antara undang-undang ini termasuk Undang-undang Anti Ancaman Seks, Undang-undang Hak Orang Asli, dan Undang-undang Perkembangan Eksport. [1]