Penerbitan Goblin_(siri_TV)

Drama ini ditulis oleh Kim Eun-sook yang merupakan kolaborasi keduanya bersama pengarah, Lee Eun-bok selepas Descendants of the Sun (2016).[3] Bacaan skrip pertama berlangsung di Nuri Dream Square, Sangam-dong, Seoul pada 30 Ogos 2016.[4] Babak perang sewaktu era Goryeo dirakam di Gimje, Jeolla Utara manakala babak istana dirakam di Taman Tema Gambar Naju. Penggambaran babak rumah Goblin dan Dewa Maut berlangsung di Rumah Barat Unhyeongung yang terletak di dalam Universiti Wanita Duksung. Penggambaran luar negara berlangsung di Bandar Raya Quebec, Kanada pada bulan Oktober. Antara lokasi penggambaran termasuk Château Frontenac, Parc du Bastion-de-la-Reine, Petit Champlain dan Fontaine de Tourny.