Kontroversi Goh_Leong_San

Goh menaiki jawatan Pengerusi DAP Negeri Melaka pada tahun 2005, mengantikan mentornya, Sim Tong Him. Goh mendapat 85 undi dalam satu pengundian dalaman yang panas dipertandingkan di mana telah memperlihatkan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng dan isterinya Betty Chew mendapat undi yang terendah antara 15 calon, dan menyebabkan Chew hilang kerusi di dalam Jawatankuasa DAP Negeri Melaka sekaligus.[1] Chew telah "merasa sedih dengan keputusan itu", tetapi beliau menerima kekalahannya.[2] Namun, Teresa Kok, seorang ahli parlimen DAP, mencadangkan kemungkinan konspirasi di belakang kekalahan Lim dan Chew di dalam kempen pemilihan semula mereka.[3]

Pada 17 September 2015, Dr. Wong Fort Pin, seorang doktor yang juga pengerusi DAP cawangan Bukit Palah di Melaka telah berjaya mendakwa Goh dan Sim dalam saman fitnah dan memenangi RM300,000 sebagai ganti-ruginya.[4]

Goh dan Sim telah digantung selama satu tahun pada 16 Februari 2016, kerana dilaporkan telah bertindak mengaibkan parti.[5] Goh yang pada mulanya menyatakan telah bertukar menjadi seorang ADUN Bebas tetapi kemudiannya kepimpinan DAP menafikannya dan mengekalkan bahawa beliau masih tetap seorang anggota parti yang berada dalam penggangtungan.[6][7]

Pada 12 Februari 2017, Goh bersama dengan Sim, Ahli Parlimen DAP (Kota Melaka) dan dua lagi ADUN Melaka DAP iaitu Lim Jack Wong (Bachang), dan Chin Choong Seong (Kesidang) telah mengumumkan perletakan jawatan mereka dari parti untuk menjadiwakil rakyat Bebas, dengan menyebut sebabnya adalah mereka telah hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti.[8]