Sejarah Golden_Child_(kumpulan_muzik)

Pra-debut: W Project dan 2017 Woollim Pick

Pada bulan Januari 2017, Woollim Entertainment melancarkan projek pra-debut untuk pelatih, Project W[3][4] Lima ahli Golden Child (Joochan, Jangjun, Tag, Daeyeol, Donghyun) dan bekas ahli Jaeseok diperkenalkan di bawah projek pra-debut ini.

Pada 15 Mei, Woollim Entertainment melancarkan kumpulan lelaki baru Golden Child, ini adalah kumpulan lelaki pertama mereka dalam tempoh tujuh tahun sejak Infinite.[5][6] Pada 17 Mei, ianya telah didedahkan sebelas nama ahli barisan kumpulan itu.[7][8][9] Pada 22 Mei, Woollim Entertainment mengeluarkan konsep ""class photos"" untuk Golden Child dan telah disahkan akan muncul dalam rancangan realiti 2017 Woollim Pick.[10][11] Pada 9 Ogos, ia diumumkan bahawa Golden Child akan membuat penampilan kameo pada 20th Century Boy and Girl.[12]

2017: Debut dengan Gol-cha!

Golden Child di KBS[13]

Golden Child secara rasminya memulakan debutnya pada 28 Ogos dengan album mini pertama mereka Gol-cha!, Dengan enam buah lagu termasuk single utama "DamDaDi".[14] Debut showcase mereka diadakan di Blue Square iMarket Hall pada hari yang sama dengan pengluaran album.[15][16] Pada 1 September, Golden Child membuat pentas debut rasmi mereka di program muzik Music Bank, dengan lagu "DamDaDi" dan "I Love You So".[17][18] Pada 17 September, album mini tersebut telah mencapai No 1 di carta harian Tower Records di laman muzik terbesar di Jepun.[19]Pada 16 Oktober, mereka mengeluarkan Love Letter runut bunyi untuk 20th Century Boy and Girl.[20]

2018: Jaeseok meninggalkan kumpulan, Miracle, Fanmeeting pertama, Goldenness dan Wish

Pada 6 Januari 2018, salah seorang daripada ahli Golden Child, Jaeseok akan meninggalkan kumpulan ini disebabkan oleh masalah kesihatan. Pengumuman berkaitan perkara tersebut telah dibuat oleh Woolim Entertainment.[21] Sepuluh ahli yang lain meruskan sebagai kumpulan, mereka mengeluarkan album mini kedua mereka Miracle pada 29 Januari.[22] Album mini kedua mereka mengandungi enam buahh lagu termasuk single utama "It's U". Showcase comeback mereka diadakan di Blue Square iMarket Hall pada hari yang sama dengan pengeluaran album.[23][24] Mereka meneruskan promosi dengan mengeluarkan video muzik untuk "Lady" dari album mini kedua mereka.[25][26] Pada 13 April, mereka mengumumkan secara rasmi selesai promosi tiga bulan mereka.[27]

Pada 22 Mei, Golden Child mengadakan acara 'Golden Day' pertama untuk merayakan ulang tahun pertama mereka di Seoul, Korea Selatan.[28] Mereka juga mengadakan fanmeeting Jepun di Nagoya dan Tokyo pada 24 Mei dan 25 Mei.[29] Pada 24 Jun, Golden Child tampil di KCON NY 2018.[30] Pada 11 Ogos, Golden Child tersenarai untuk barisan KCON LA 2018.[31] Secara berterusan, mereka mengesahkan barisan mereka untuk pertama kali 'KCON Thailand' pada 29 September 2018. [32]

Pada 4 Mei, Golden Child mengumumkan nama kelab peminat rasmi mereka akan dipanggil 'Goldenness'.[33] Berikutan itu mereka mengeluarkan album single pertama Goldenness pada 4 Julai, dimana mengandungi tiga buah lagu dengan single utama "Let Me".[34][35]

Pada majlis perasmian Fanclub yang dinamakan 'Golden Child Cheerful Geumdong Time' pada 14 Oktober, mereka mengejutkan peminat mereka dengan mengumumkan comeback mereka. Pada 24 Oktober, Golden Child mengadakan showcase dan mengeluarkan album mini ketiga mereka WISH. Album mini ini mempunyai 7 buah lagu termasuk single utama "Genie" dengan imej yang lebih matang.[36]

2019–kini: Re-boot

Pada 18 November 2019, Golden Child akan mengeluarkan album studio pertama mereka Re-boot. Album itu akan mengandungi dua belas buah lagu termasuk single utama iaitu "Wannabe".[37]

Rujukan

WikiPedia: Golden_Child_(kumpulan_muzik) http://goldenchild11.com http://www.goldenchild11.com http://tenasia.hankyung.com/archives/1107029 http://tenasia.hankyung.com/archives/1280004 http://www.kconusa.com/kcon18la-golden-child/ http://www.kconusa.com/kcon18ny-golden-child/ http://kpopherald.koreaherald.com/view.php?ud=2018... http://entertain.naver.com/read?oid=109&aid=000369... http://m.entertain.naver.com/read?oid=015&aid=0003... http://m.entertain.naver.com/read?oid=057&aid=0001...