Gonggok
Gonggok

Gonggok

Gonggok atau juga dikenali sebagai ulat geluntur, sepah bulan atau mentibang merupakan sejenis artropod dengan badan berbentuk silinder yang panjang. Badan gonggok mempunyai rangka luar (exoskeleton) dan terbahagi kepada antara 20 hingga 100 segmen yang bersambung-sambung. Setiap segmen mempunyai dua pasang kaki (kecuali segmen pertama selepas kepala yang tiada kaki langsung, dan beberapa segmen selepasnya yang mempunyai hanya sepasang kaki). Terdapat kira-kira 12,000 jenis spesies gonggok dalam kira-kira 140 famili.[1]