Kematian Goo_Hara

Pada 24 November 2019, pihak polis melaporkan bahawa Ha-ra ditemui telah meninggal pada Sabtu petang waktu 6.09 petang WSK di rumahnya di Cheongdam-dong, Gangnam, Seoul.[1][2][3] Pihak polis menyatakan bahawa kematian Ha-ra bukan disebabkan unsur jenayah.[4] Berdasarkan rakaman CCTV, Ha-ra kembali ke rumah pada jam 12.40 pagi WSK dan dinyatakan meninggal setelahnya. Pengurus rumah tangga merupakan orang pertama yang menemui Ha-ra telah meninggal dunia dan tiada sesiapa yang datang setelahnya.[5] Pihak polis juga menemui sebuah nota yang ditulis oleh Ha-ra berisi tentang fikiran negatif mengenai dirinya.[6] Atas permintaan keluarga, pihak polis tidak akan melakukan tindakan bedah siasat.[7] Pengebumian Ha-ra dilakukan secara tertutup oleh pihak keluarga, walaupun demikian dimana para peminat dapat memberikan penghormatan terakhir di Hospital St. Mary pada 26 dan 27 November 2019.[8]

Rujukan

WikiPedia: Goo_Hara http://www.imdb.com/name/nm0361652/ http://stoo.asiae.co.kr/article.php?aid=5996319501... http://star.mt.co.kr/stview.php?no=201911251942398... http://www.hancinema.net/korean_%7B%7B%7Bid%7D%7D%... https://n.news.naver.com/entertain/now/article/382... https://m.dream.co.id/showbiz/artis-k-pop-goo-hara... https://www.edaily.co.kr/news/read?newsId=01210326... https://news.sbs.co.kr/news/endPage.do?news_id=N10... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Goo_Ha... https://metro.co.uk/2019/11/25/flowers-laid-goo-ha...