Sinopsis Gosok_(filem)

Semenjak dari kecil lagi, Tam digelar oleh budak-budak Parit Botak sebagai Tam Gosok. Hal ini kerana Tam sering menggosok periuk yang merupakan kerja yang paling dibenci oleh Tam sendiri akibat disuruh oleh ibunya selepas berniaga di warung. Disaksikan oleh dua orang sahabat karibnya, Iman dan Bob, Tam telah menanam cita-cita tinggi untuk menjadi seorang ahli muzik dan penyanyi. Malangnya, impian Tam tidak mendapat sokongan ibu dan bapanya, Mak Jenab dan Pak Dollah. Namun Tam tidak patah semangat, malahan dia tidak berhenti berusaha sehingga terciptalah lagu Gosok yang diilhamkan sewaktu dia sedang menggosok periuk. Berbekalkan demo tape lagu ciptaannya, Tam dan Iman menuju ke Kuala Lumpur untuk mengejar cita-cita masing-masing. Akhirnya Iman berjaya menjadi seorang pelakon, tetapi bagaimana pula dengan Tam?