Grand_Prix_Abu_Dhabi_2010
Grand_Prix_Abu_Dhabi_2010

Grand_Prix_Abu_Dhabi_2010

Grand Prix Abu Dhabi 2010 (nama rasmi: Etihad Airways Abu Dhabi Grand Prix) ialah pusingan ke-19 dan terakhir dalam kalendar Formula Satu musim 2010. Perlumbaan ini diadakan di Litar Yas Marina di Abu Dhabi pada 14 November 2010.[2] Perlumbaan ini juga menandakan tamatnya khidmat Bridgestone sebagai pembekal tayar setelah 13 tahun menyumbang kepada sukan ini sejak tahun 1997, sebelum diganti oleh Pirelli sebagai pembekal tayar tunggal mulai musim 2011.Sebastian Vettel memenangi perlumbaan kedua berturut-turut manakala pesaing-pesaingnya untuk kejuaraan musim ini, iaitu Lewis Hamilton, Fernando Alonso dan Mark Webber masing-masing mendapat tempat kedua, ketujuh dan kelapan. Oleh itu, Vettel menjadi Juara Pemandu Dunia termuda, pada usia 23 tahun, 134 hari.[3]