Laporan Grand_Prix_Hungary_2012

Latar belakang

Perubahan regulasi

Red Bull Racing telah dirujuk kepada steward perlumbaan di Grand Prix Jerman selepas wakil Teknikal FIA, Jo Bauer, berkata bahawa peta enjin mereka berpotensi untuk melanggar peraturan-peraturan teknikal.[8] Red Bull dituduh memanipulasi hubungan antara kuasa yang dihasilkan oleh kereta Red Bull RB8 mereka dan tahap pendikit terbuka khususnya dalam sudut-sudut kelajuan sederhana di atas litar - dengan itu membenarkan lebih banyak udara melalui ekzos dan menjana lebih downforce. Red Bull dibenarkan berlumba kerana mereka tidak melanggar peraturan tetapi FIA mengumumkan rancangan untuk menulis semula peraturan-peraturan yang mengawal pemetaan pendikit untuk mengharamkan perbuataan tersebut sepenuhnya menjelang Grand Prix Hungary ini.[9]

Perubahan pemandu

Dani Clos mengambil tempat Narain Karthikeyan untuk sesi latihan bebas yang pertama pada pagi Jumaat.[10] Jules Bianchi pula memandu kereta Nico Hülkenberg untuk pasukan Force India manakala Valtteri Bottas yang memandu untuk Williams, mengantikan Bruno Senna.

Rujukan

WikiPedia: Grand_Prix_Hungary_2012 http://www.autosport.com/news/report.php/id/101455 http://www.autosport.com/news/report.php/id/101575 http://www.formula1.com/races/in_detail/hungary_87... http://www.formula1.com/results/season/2012/874/ http://www.formula1.com/results/season/2012/874/71... http://www.formula1.com/results/season/2012/874/71... http://www.wunderground.com/history/airport/LHBP/2... http://www.bbc.co.uk/sport/0/formula1/18943608 http://www.bbc.co.uk/sport/0/formula1/18957915 http://www.f1fanatic.co.uk/2011/12/07/united-state...