Laporan Grand_Prix_India_2012

Latar belakang

Sergio Pérez jatuh sakit sebelum Grand Prix ini bermula, dan ini menyebabkan pemandu ujian dan simpanan Sauber, Esteban Gutiérrez, mengambil alih tempat Pérez untuk sesi latihan bebas pertama.[5] Bagaimanapun, Pérez kembali untuk menjalankan tugas beliau pada sesi latihan kedua. Valtteri Bottas sekali lagi megambil alih tempat Bruno Senna untuk Williams, manakala Giedo van der Garde mengantikan Heikki Kovalainen untuk Caterham F1.[6]

Penganjur perlumbaan mengambil langkah berjaga-jaga dengan memasang peranti ultrabunyi sekitar litar untuk menghalang anjing liar yang sesat daripada memasuki litar selepas seekor anjing dikesan di atas litar pada perlumbaan sebelumnya.[7]