Grand_Prix_Itali_2006
Grand_Prix_Itali_2006

Grand_Prix_Itali_2006

Grand Prix Itali 2006 ialah sebuah perlumbaan bermotor Formula Satu yang diadakan pada 10 September 2006 di Autodromo Nazionale Monza. Ia adalah pusingan kelima belas dalam kalendar Formula Satu musim 2006, dan perlumbaan ini dimenangi oleh Michael Schumacher dari pasukan Ferrari.Sejurus selepas perlumbaan, Michael Schumacher mengumumkan bahawa beliau akan bersara daripada Formula Satu selepas musim 2006 tamat. Robert Kubica mendapat podium pertama kerjayanya, selepas bertanding hanya dalam tiga Grand Prix. Kimi Räikkönen mendapat tempat ketiga untuk McLaren. Ini juga merupakan perlumbaan terakhir untuk pemandu Red Bull Racing, Christian Klien, sehingga beliau kembali bersaing di Grand Prix Singapura 2010.Selepas perlumbaan ini, dalam sebuah acara sidang akhbar, Michael Schumacher mengumumkan persaraan beliau dari Formula Satu. Ini merupakan kemenangan yang ke-90 dalam kerjayanya. Namun pada tahun 2010, Schumacher kembali ke F1 dengan Mercedes GP.