Grand_Prix_Jepun
Grand_Prix_Jepun

Grand_Prix_Jepun

Grand Prix Jepun (日本グランプリ Nihon-guranpuri) merupakan perlumbaan FIA Kejohanan Dunia Formula Satu.Dua perlumbaan Grand Prix Jepun yang pertama, iaitu pada tahun 1976 dan 1977, telah diadakan di Fuji Speedway, sebelum Grand Prix Jepun tidak diadakan lagi. Grand Prix Jepun kembali pada tahun 1987 di Suzuka, dan menjadi tuan rumah Grand Prix secara eksklusif selama 20 tahun dan mendapat reputasi sebagai salah satu daripada litar F1 yang paling mencabar. Pada tahun 2007, Grand Prix Jepun kembali ke Fuji Speedway, yang baru direka semula. Selepas perlumbaan kedua di Fuji pada tahun 2008, perlumbaan kembali ke Suzuka pada tahun 2009.