Ciri-ciri Graptemys_nigrinoda

Karapas G. nigrinoda sedikit melengkung dengan empat vertebranya berbonjol, seperti bonggol yang berwarna hitam. Bonggol kedua dan ketiga lebih tinggi berbanding pertama dan keempat. Bonggol-bonggol tersebut menjadi benjolan kecil apabila kura-kura semakin dewasa.[3]

Biasanya karapas mereka berwarna coklat-zaitun.[4] Pada setiap "plat" cangkerang terdapat corak bulatan seperti cincin yang berwarna kuning kehijauan.[3] Anak kura-kura yang baru menetas memiliki warna yang sama dengan kura-kura dewasa, namun lebih terang dan bersinar.[5]

Haiwan ini memiliki kepala yang kecil, mempunyai belang hitam dan kuning, dengan jaluran berbentuk sabit pada belakang matanya apabila dilihat dari tepi. Jaluran ini meyambung pada leher ke kaki hadapan kura-kura ini. Warna pada bahagian belakang kaki lebih pudar berbanding hadapannya.[6]

Terdapat ciri-ciri fizikal dimorfisme seksual antara jantina kura-kura, di mana saiz betina dua kali ganda lebih besar berbanding jantan. Malah, karapas betina juga lebih tinggi berbanding jantan. Manakala ekor jantan lebih panjang berbanding betina.[5] Rekod saiz terpanjang kura-kura ini yang pernah dicatatkan ialah 7.6-10.2 cm (3–4 in) pada jantan dan 10.2-19.1 cm (4-7.5 in) pada betina.

Rujukan

WikiPedia: Graptemys_nigrinoda http://www.graptemys.com/gnigrinodanigrinoda.htm http://reptile-database.reptarium.cz/species.php?g... http://www.cnah.org/pdf_files/851.pdf http://www.irmng.org/aphia.php?p=taxdetails&id=113... http://www.iucn-tftsg.org/wp-content/uploads/file/... http://www.iucn-tftsg.org/wp-content/uploads/file/... http://www.iucnredlist.org/search/details.php/9502... http://www.marinespecies.org/aphia.php?p=taxdetail... https://www.itis.gov/servlet/SingleRpt/SingleRpt?s... https://www.ncbi.nlm.nih.gov/Taxonomy/Browser/wwwt...