Ciri-ciri Grunge

Muzik Grunge bercirikan muzik gitar elektrik "kotor-dirty", strong riffs, dan dram yang kuat. Bunyi kotor disebabkan pengunaan meluas pengherot gitar yang kuat (heavy guitar distortion), kotak fuzz dan bunyi sua balas (Audio feedback). Ia juga terhasil dari pertukaran stail dalam kaedah piwaian memainkan rock punk. Grunge menggabung unsur pung keras dan heavy metal menjadi satu bunyi, sungguhpun kadang-kala ia dimainkan dengan penekanan pada salah satu darinya. Kumpulan Grunge terkenal kerana mentaliti dan atitud punk, dan muzik ini berkongsi dengan muzik punk dari segi bunyi kasar, tempo kencang, dan penyampaian vokal. Bagaimanapun, grunge turut membabitkan tempo lebih perlahan, (dissonant harmonies), dan peralatan rumit menyamai heavy metal.

Lirik Grunge biasanya berkenaan tema yang sama seperti terasing dari sosial, tidak kisah (apathy), terperangkap dan keinginan untuk bebas. Ia biasanya dipenuhi kemarahan, kekecewaan, (ennui), takut, tertekan dan penagihan dadah sering kali diterokai dalam lagu grunge. Liriknya menyamai punk dan apa yang dianggap Generasi X. Beberapa faktor mungkin mempengaruhi lirik ini. Kebanyakan peminat dan pemuzik grunge menunjukkan kekecewaan umum (general disenchantment) dengan keadaan masyarakat dan tidak selesa dengan prejudis masyarakat. Mereka sering kali dianggap golongan tercicir dan penagihan dadah adalah biasa dikalangan mereka. Juga, ramai pemuzik grunge memulakan kerjaya mereka sebagai remaja atau pemuda, apabila perasan (angst) adalah biasa. Sungguhpun begitu bukan semua lagu grunge berkenaan tema sedemikian: Satirical Kumpulan Nirvana dalam "In Bloom" adalah contoh terkenal bagi penulisan lagu lebih melucukan. Malah, beberapa lagu grunge dipenuhi dengan samaada rasa muram atau riang atau lucu juga (sebagai contoh, Kumpulan Mudhoney "Touch Me I'm Sick" atau Kumpulan Tad "Stumblin' Man"), sungguhpun ini biasanya tidak disedari oleh umum. Lucuan dalam grunge seringkali berbentuk (parody glam metal) (sebagai contoh, Soundgarden "Big Dumb Sex") dan bentuk lain muzik rock yang popular semasa 1980-an.[2]