Gua_Kelawar_Langkawi
Gua_Kelawar_Langkawi

Gua_Kelawar_Langkawi

Gua Kelawar di Kilim, pulau Langkawi , Kedah, Malaysia merupakan sebahagian daripada geopark yang dipromosikan dalam kalendar Tahun Melawat Malaysia 2007.Gua Kelawar ini terletak di timur laut pulau Langkawi , kira-kira 10 minit berkereta dari Pekan Kuah. Pelancong boleh datang ke Gua Kelawar dengan menaiki bot dari jeti Tanjung Rhu atau menerusi jambatan yang baru dibina di jeti Sungai Kilim. Gua ini terletak di kaki bukit di Kilim yang dikelilingi hutan paya bakau dan pintu gua menghadap Sungai Kilim. Bagi kemudahan pelancong , kerajaan negeri Kedah telah membina beberapa titi batu di dalam gua ini. Jadi pelancong tidak perlu takut dan tidak perlu menjijak lumpur dan selut paya bakau. Di dalam hutan paya bakau terdapat juga titian sepanjang 1000 meter dan dilengkapi dengan lampu pada waktu malam.Di dalam gua terdapat pelbagai bentuk hiasan asli gua batu kapur seperti stalagtit dan stalagmit yang pelbagai bentuk , saiz dan arca indah. Para peminat geopark boleh melihat pelbagai khazanah alam yang belum begitu terusik berusia jutaan tahun. Burung-burung kelawar kelihatan tergantung di lelangit gua . Suasananya amat gelap dan menyeramkan. Pemandu pelancong atau pemandu bot akan memberikan sebuah lampu suluh ketika hendak masuk ke dalam gua . Panjang gua ini kira-kira 100 meter. Sebuah tangga juga disediakan untuk naik ke atas bukit.