Gunung_Arafah
Gunung_Arafah

Gunung_Arafah

Koordinat: 21°22′0″N 40°0′10″E / 21.36667°N 40.00278°E / 21.36667; 40.00278Gunung Arafah atau Gunung Arafat (Bahasa Arab: جبل عرفات‎; bahasa Arab Jabal ‘Arafāt) ialah sebuah bukit berbatu granit yang terletak di sebelah timur Makkah al-Mukarramah. Ia juga dikenali sebagai Gunung Rahmat (Jabal ar-Rahmah). Menurut tradisi Islam, di puncak bukit inilah Nabi Muhammad menyampaikan pesanan atau Khutbah Terakhir baginda kepada seluruh Muslim yang menunaikan ibadah Haji bersama baginda sebelum baginda meninggal dunia. Mengikut sejarah tradisi Islam juga dipuncak bukit inilah dimana Nabi Adam a.s. dan Hawa bertemu kembali di bumi selepas diperintah Allah turun ke bumi. Ketinggian bukit ini adalah kira-kira 70 meter.