Haji Gunung_Arafah

Ketika musim Haji, umat Islam yang menunaikan Haji akan menghabiskan seluruh waktu siangnya pada 9 Zulhijjah di Arafah demi mencari ketenangan dan pengampunan dari Allah SWT serta memohon kekuatan secara bersendirian untuk mengharungi masa depan mereka didunia dan di akhirat. Di Padang Arafah juga ada para jamaah yang akan mengumpulakan bebebrapa butir batu untuk dilontarkan ke Jamrah. Anda akan mendapati ramai jamaah ketika berwukuf akan memanjat ke bukit dan beristirahat disana sambil berdoa kepada Allah. Ritual di Gunung Arafah akan berakhir apabila sahaja masuk waktu Maghrib (senja) menandakan 10 Zulhijjah, kemudian para jamaah akan bergerak meninggalkan Arafah dan menuju ke Muzdalifah untuk mengutip batu, berSolat Isyak dan tidur sebentar.

Aras muka bumi yang lebih rendah di Arafah dipanggil Padang Arafah. Namun Gunung Arafah juga turut dipanggil bagi merujuk kepada seluruh kawasan ini. Arafah sangat penting buat umat Islam yang menunaikan ibadah Haji. Ini kerana Nabi Muhammad menyebut Haji adalah Arafah. Para jamaah Haji yang gagal berada Arafah sekurangnya beberapa minit sebelum masuk waktu Maghrib (senja), boleh menyebabkan ibadah Haji yang dilakukan terbatal secara langsung. Kebanyakan para jamaah juga turut tinggal sementara di sini untuk tujuan berjaga-jaga sebelum fajar 9 Zulhijjah tiba supaya mereka tidak terlepas mendapat ibadah Haji itu sendiri.[1]

Perkembagan kota suci Makkah dan sekitarnya cukup memuncak dengan pembangunan moden dan kemajuan, pada akhir tahun 2010, Kerajaan Arab Saudi telah menyediakan perkhidmatan tren Mecca Metro untuk memudahkan para jamaah.