Gunung_Besar_Hantu

Gunung Besar Hantu yang terletak di Jelebu, Negeri Sembilan[1] mempunyai ketinggian setinggi 1,462 meter (4,797 kaki).[2] Gunung Besar Hantu merupakan kelompok gunung yang terletak di penghujung banjaran Titiwangsa dan merupakan salah satu kemuncak yang tertinggi di Semenanjung Malaysia.Gunung Besar Hantu mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, dan hutan Montane. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Ia digelar gerbang Titiwangsa, gunung Besar Hantu juga merupakan penanda sempadan antara Pahang dan Negeri Sembilan.Semasa zaman Darurat, pihak komunis dipercayai menggunakan 'laluan tikus' di kaki gunung tersebut bagi menyusup masuk ke Negeri Sembilan dan Pahang. Denai tersebut masih kelihatan hingga hari ini, menyusuri sungai yang berliku melalui lembah dan kadang-kala digunakan oleh pendaki gunung riadah yang mendaki gunung tersebut.Perjalanan berjalan kaki melalui denai hutan ini yang menyambungkan bahagian barat Negeri Sembilan dengan Janda Baik di timur Pahang, mengambil masa sekitar dua hari. Kawasan gunung dan hutan sekitarnya telah digezet oleh kerajaan sebagai hutan simpan.