Gunung_Cereme
Gunung_Cereme

Gunung_Cereme

Gunung Berapi Cereme (atau Ceremai, Cereme, Cerme, Careme) ialah sebuah gunung berapi yang terletak di Pulau Jawa, Indonesia. Dari segi pentadbiran, Gunung Ceremai terletak di dalam kawasan tiga buah kabupaten, iaitu Kabupaten Cirebon, Kabupaten Kuningan, dan Kabupaten Majalengka di Provinsi Jawa Barat. Kemuncaknya terletak pada 6° 53' 30" LS dan 108° 24' 00" BT, dengan tingginya 3,078 m di atas aras laut. Kini Gunung Ceremai termasuk ke dalam kawasan (calon) Taman Negara Gunung Ceremai yang luas keseluruhannya di sekitar 15,000 hektar.Gunung Cereme mempunyai kawah ganda. Kawah barat yang lingkungannya 400 m terpotong oleh kawah timur yang 600 m lingkungannya. Pada ketinggian sekitar 2,900 m di bahagian lereng selatan, terdapat bekas titik letusan yang dinamakan "Gowa Walet". Gunung ini mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.