Kemalangan Gunung_Korbu

  • 2019: Seorang lelaki yang cedera parah di bahagian kepala setelah terjatuh ketika mendaki Gunung Korbu di Hulu Kinta dekat sini semalam disahkan meninggal dunia pada 22hb April 2019. Mangsa Lee Khian Seng, 60, yang melakukan aktiviti pendakian tersebut bersama 12 rakan pendaki lain jatuh dari ketinggian 6 meter ketika pendakian turun.
  • 1999; 14 remaja telah membuat pendakian, termasuk dua pendaki perempuan. Mereka terdiri daripada sekumpulan pendaki yang sering mendaki gunung-gunung di seluruh Malaysia.Mereka adalah Sawa, Adnan, Lan, Mono, Wak, Jabir, Jerung, Pon, Mai, Sheila, Zainal, Sepoi (arwah) dan allahyarham Rohan Harith Iskandar.Dua daripadanya adalah kenalan baru yang ingin menyertai ekspedisi itu. Allahyarham Norzahri Harun dan Rohan ditemui mati pada awal pagi dalam khemah di puncak Korbu oleh rakan-rakan sepasukan. Mengikut catatan rasmi, kemalangan berlaku akibat terhidu gas karbon monoksida yang terhasil melalui pembakaran lampu gas Calsium Carbide di dalam khemah yang tertutup. Mengikut laporan pihak berkuasa, mereka mengklasifikasikan kes ini sebagai kemalangan biasa.
  • 1997: Lima pelajar UUM mengalami kelecuran akibat letupan balang gas yang digunakan ketika memasak[2]. Dilaporkan bahawa mereka mengunakan gas canisters 270 series. Kemalangan ini berlaku di bulan Oktober 1997.

Rujukan

WikiPedia: Gunung_Korbu http://gunungonline.com http://www.kembarautp.com/myweb-kembara/tragedi_gu... http://gunungganangdimalaysia.wordpress.com/2010/0... http://www.ogkl.com.my/infoGUNUNG/infoTransTitiwan... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/Rekreasi/20130713/... http://web.archive.org/20090902214642/www.geocitie... http://www.webcitation.org/query?id=12565995749690... https://books.google.com.my/books?id=XCwUDAAAQBAJ&... https://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/lel...