Gunung_Leuser

Gunung Leuser merupakan sebuah gunung yang terletak di Sumatera, iaitu di provinsi Aceh, di negara Indonesia. Gunung Leuser mempunyai ketinggian setinggi 3,423 meter daripada aras laut.Taman Nasional Gunung Leuser melindungi gunung dan ekosistem sekitarnya. Kawasan di sekitar Gunung Leuser telah diisytiharkan sebahagian daripada Warisan Hutan Hujan Tropika Sumatera oleh UNESCO pada tahun 2004, iaitu sebagai Tapak Warisan Dunia