Gunung_Muntahak

Gunung Muntahak yang terletak di Kota Tinggi, Johor Darul Takzim, Malaysia,[1] mempunyai ketinggian setinggi 713 meter (2,339 kaki).Gunung Muntahak mempunyai hutan Dipterokarp Bukit. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.Gunung ini terletak dalam Daerah Kota Tinggi, Johor. Air Terjun Kota Tinggi yang terkenal itu berpunca dari gunung ini, dimana Sungai Pelepah Kanan yang membentuk air terjun tersebut mengalir turun dari Gunung Muntahak. Sebenarnya tidak terdapat trek khusus untuk mendaki ke puncak gunung ini. Trail-trail G. MuntahakLaluan Barat / Noh TrailLaluan Tenggara / Johan TrailLaluan Selatan / Pelepah TrailLaluan Barat / Noh TrailLaluan Awal Untuk ke gunung itu anda boleh melalui Jalan Kluang – Kota Tinggi. Selepas 1 km dari Petri Jaya, terdapat satu simpang jalan yang tidak berturap disebelah kiri jalan besar. Seterusnya anda masuk ke jalan itu. Jalan tersebut biasa dilalui oleh lori-lori pasir dan lori pengangkut buah kelapa sawit. Jalannya tidak berapa rata dan berlubang-lubang. Untuk sampai ke kaki Gunung Muntahak jaraknya kira-kira 7 km. Dari tempat meletak kenderaan di pinggir hutan anda terpaksa berjalan kaki selama setengah jam meredah paya, bekas lombong lama dan semak resam dan benteng pasir yang ditumbuhi pokok orkid buluh dan periuk kera. Apabila anda telah sampai di kawasan sungai berjeram bermakna anda telah sampai ke kaki gunung.
Ulu Sungai Tengkil yang mengalir turun dari Gunung Muntahak mewujudkan air terjun 10 tingkat. Terdapat trek di sebelah kiri air terjun yang telah penulis buat. Trek tersebut akan membawa pendaki hingga ke tingkat ke-7 air terjun. Pemandangan air terjun di tingkat ini paling cantik sekali. Air terjun yang setinggi kira-kira 30 meter turun menegak melalui permukaan seakan dinding dengan kecuraman 90 darjah. Terdapat kolam semulajadi yang berair jernih dan sejuk di bawahnya, sesuai untuk mandi-manda.