Gunung_Murud
Gunung_Murud

Gunung_Murud

Gunung Murud merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia[1]. Gunung Murud mempunyai ketinggian setinggi 2,438 meter. [2]Gunung Murud mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.Gunung Murud merupakan gunung batu pasir tertinggi di Sarawak. Orang pertama yang berjaya mendaki kepuncaknya adalah seorang ahli Zoologi Ethnographer, Eric Mjöherg, pada tahun 1922 selepas beberapa cubaan sebelumnya oleh J.C. Moulton yang merupakan kurator Muzium Sarawak.Mjöherg kagum dengan bilangan spesies tumbuhan terutamanya periuk kera yang endemik di kawasan tersebut. Dia merakamkan kebanyakan tumbuhan dan bunga. dan menggambarkannya sebagai syurga.[3]

Gunung_Murud

Pendakian pertama Eric Mjöherg, 1922
Lokasi Sarawak, Borneo
Ketinggian 2,438 m (7,999 ka)