HH-60_Pave_Hawk
HH-60_Pave_Hawk

HH-60_Pave_Hawk

Sikorsky MH-60G/HH-60G Pave Hawk adalah sebuah helikopter berenjin turbin aci berkembar yang digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat dalam misi Mencari dan Menyelamat. Helikopter ini merupakan terbitan daripada gabungan helikopter UH-60 Black Hawk dan teknologi sistem program elektronik PAVE milik Tentera Udara A.S. HH/MH-60 tergolong di dalam keluarga helikopter Sikorsky S-70. Misi utama MH-60G Pave Hawk adalah untuk menyelinap dan mengeluarkan anggota operasi khas, sementara misi utama HH-60G Pave Hawk pula adalah melaksanakan misi Mencari dan Menyelamat Tempur (CSAR) bagi menyelamatkan juruterbang yang ditembak tajuh. Kedua-dua versi helikopter ini boleh melakukan operasi pada waktu siang atau malam dalam persekitaran yang bergolak. Disebabkan sifatnya yang serba boleh, HH-60G juga boleh melaksanakan operasi semasa waktu aman. Antara tugasan tersebut adalah Mencari dan Menyelamat Awam, Pengeluaran Kecemasan Perubatan Udara (MEDEVAC), bantuan bencana, bantuan antarabangsa, aktiviti melawan dadah dan sokongan bolak balik angkasa NASA.[2]