Sejarah Hadiah_Booker

Hadiah ini pada asalnya dikenali sebagai Hadiah Booker–McConnell, iaitu dinamakan sempena syarikat Booker, McConnell Ltd yang bertindak sebagai penaja rasmi pada tahun 1968;[2] dan lebih dikenali sebagai "Hadiah Booker" atau "the Booker". Apabila pentadbiran bertukar tangan kepada Yayasan Hadiah Booker pada tahun 2002, Kumpulan Man beralih daripada menyediakan penajaan kepada pelaburan, namun nama "Booker" dikekalkan sebagai sebahagian daripada gelaran rasmi hadiah. Yayasan tersebut merupakan badan amal berdaftar yang bebas dan dibiayai oleh keuntungan Booker Prize Trading Ltd, iaitu sebagai pemegang saham tunggal[3] Pemenang Hadiah Booker pada asalnya menerima £21,000, sebelum dinaikkan kepada £50,000 pada tahun 2002 dibawah tajaan Man Group, menjadikan hadiah ini salah satu hadiah kesusasteraan termahal di dunia.

Pada tahun 1970, Bernice Rubens menjadi penulis wanita pertama yang memenangi Hadiah Booker untuk The Elected Member.[4] Pada asalnya, hadiah ini telah dianugerahkan secara retrospektif kepada buku-buku yang diterbitkan pada tahun sebelum tahun penganugerahan, namun pada tahun 1971, peraturan ini diubah agar penganugerahan diberikan kepada buku yang diterbitkan pada tahun semasa. Hal ini menjadikan buku-buku yang diterbitkan pada tahun 1970 tidak layak dipertimbangkan pada mana-mana tahun penganugerahan. Pada Januari 2010, Yayasan Hadiah Booker mengumumkan anugerah khas yang dikenali sebagai "Lost Man Booker Prize," yang mana pemenang dipilih dari senarai 22 buah novel yang diterbitkan pada tahun 1970.[5]

Alice Munro menerusi The Beggar Maid pernah disenaraipendekkan pada tahun 1980, dan menjadi satu-satunya koleksi cerita pendek yang disenaraipendekkan sehingga kini.[6]

Pencalonan karya-karya yang terpilih untuk hadiah ini langsung tidak didedahkan kepada umum sehingga tahun 2001.[7]

Rujukan

WikiPedia: Hadiah_Booker http://artupdate.com/en/man-booker-prize-2013-long... http://www.scmp.com/article/539083/brief-history-m... http://themanbookerprize.com/news/2013/12/12/meet-... http://www.themanbookerprize.com/ http://www.themanbookerprize.com/legal http://www.themanbookerprize.com/news/stories/1317 http://entertainment.timesonline.co.uk/tol/arts_an... http://entertainment.timesonline.co.uk/tol/arts_an... https://www.theguardian.com/books/2001/aug/15/book... https://www.theguardian.com/books/2011/dec/06/book...