Hadiah_Ig_Nobel
Hadiah_Ig_Nobel

Hadiah_Ig_Nobel

Hadiah Ig Nobel (/ˌɪɡnoʊˈbɛl/ IG-noh-BEL-') ialah parodi Hadiah Nobel diberikan setiap musim gugur bagi meraikan sepuluh pencapaian yang luar biasa atau remeh dalam penyelidikan saintifik. Sejak tahun 1991, Hadiah Ig Nobel telah dianugerahkan untuk "menghormati pencapaian yang pertama kali membuat orang ketawa, dan kemudian membuat mereka berfikir." Nama anugerah itu ialah ejekan perkataan ignoble, yang bermaksud "dicirikan oleh kekeliruan, kekurangan, atau keburukan", dan kritikan sosial satira yang mengenalpasti penyelidikan "tidak masuk akal", walaupun, kadang-kadang, penyelidikan sebegitu telah berjaya menghasilkan pengetahuan berguna.[2]Dianjurkan oleh majalah humor sains, Annals of Improable Research (AIR), Hadiah Ig Nobel disampaikan oleh pemenang Nobel dalam upacara di Teater Sanders, Universiti Harvard, dan diikuti oleh kuliah umum pemenang di Institut Teknologi Massachusetts.[3]