Biografi Hady_Mirza

Beliau merupakan anak kedua daripada dua adik-beradik dan mempunyai seorang kakak dalam keluarga yang berketurunan Bugis.

Beliau berkelulusan dalam bidang kejuruteraan dari Temasek Polytechnic.

Album beliau yang pertama, yang bertajuk Hady Mirza, telah dikeluarkan di Singapura pada 13 November 2006 dan beliau menerima anugerah Platinum selepas 4 hari albumnya dikeluarkan disusuli dengan album kedua, Sang Pemimpi dan album ketiga yang merupakan album duet bersama Taufik Batisah, Kenangan Di Hari Raya.