Kerjaya Hafreez_Adam

Hafreez merupakan finalis Hero Remaja 2011/12 bersama-sama Fattah Amin (juara), Syafiq Kyle, Hafidz Roshdi, Nazrief Nazri, Ben Amir, Fendy Bakry serta Saharul Ridzwan di mana kesemua mereka mencipta nama sebagai pelakon drama dan filem. Adik perempuannya, Aien Zahalan juga terlibat di dalam bidang lakonan dan lakonan pertamanya ialah drama adaptasi novel yang juga lakonan beliau, Hikayat Cinta Si Pematah Hati.[5]

Beliau muncul sebagai peranan yang tidak dikreditkan dalam telefilem Qadr arahan Faisal Ishak lakonan Zahiril Adzim dan Beto Kusyairy yang mengisahkan tentang peluang kedua yang diberikan oleh Tuhan kepada HambaNya selepas dilanda kesakitan. Telefilem ini memulakan tayangan perdana di Astro First Eksklusif pada Februari 2014.[6] Hafreez seterusnya muncul dalam drama adapasi novel Hati Perempuan lakonan Saharul Ridzwan dan Mia Ahmad; beliau memegang watak sebagai Daniel Idrus, bekas teman lelaki Yuhanis lakonan Mia.[7] Kerjaya filem Hafreez bermula apabila beliau sekali lagi bekerja dengan Faisal dalam filem Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan yang ditayangkan pada 29 Oktober 2015; beliau memegang watak Megat.[8]

Beliau seterusnya membuat penampilan pentas pertamanya dengan membintangi pementasan teater yang bertajuk Zombie La La La yang dipentaskan pada 13 hingga 21 Februari 2016 di Istana Budaya, Kuala Lumpur, beliau memegang watak utama sebagai Elvi Pasola.[9] Beliau muncul bersama Zara Zya dan Nazim Othman dalam telenovela adaptasi drama Korea Monalisa di Slot Tiara Astro Prima.[10] Beliau menjadi pelakon utama bersama Emma Maembong dalam drama adaptasi novel Pencuri Cinta Kelas Satu karya Illa Shanahila yang bersiaran di Slot Raihana Astro Oasis.[11]

Hafreez berlakon di samping Diana Danielle dalam drama Raisha 2 sebagai Mikhail.[12] Beliau memegang watak sebagai Tajul dalam drama Tolong Aku Doktor Cinta, lakonan bersama Puteri Aishah dan Nina Iskandar.

Rujukan

WikiPedia: Hafreez_Adam http://www.astroawani.com/berita-hiburan/qadr-kisa... http://www.hmetro.com.my/node/41212 http://www.kosmo.com.my/hiburan/penyatuan-hati-dal... http://www.kosmo.com.my/hiburan/raisha-2-lebih-dra... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/2... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/hafreez-adam... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/juvana-2-keb... https://www.facebook.com/HafreezAdam