Hairi_Safwan

Mohd Hairi Safwan Bin Aznan (lahir 16 Januari 1988) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia dan merupakan Juara Program realiti pencarian bakat baru Anak Wayang Musim Pertama pada April 2009. Beliau memulakan kerjaya lakonan menerusi drama Kecuali Cintamu menerusi watak pembantu iaitu Pengurus acara. Nama beliau semakin dikenali menerusi lakonan drama dan telefilem dan beliau merupakan pelakon yang kerap berlakon di bawah Produksi Zeel Production.

Hairi_Safwan

Pekerjaan Pelakon
Pasangan Fara Afiza Azman (berkahwin 2014)
Anak 2
Tahun aktif 2009-kini
Saudara Chef Fikree Aznan (adik)
Kelahiran Mohd Hairi Safwan Bin Aznan
(1988-01-16) 16 Januari 1988 (umur 32)
Alor Setar, Kedah, Malaysia
Kediaman Kuala Lumpur