Kerjaya Hairi_Safwan

Beliau memulakan kerjaya lakonan selepas menjuarai Program Realiti Anak Wayang musim pertama pada tahun 2009 ketika beliau baru berusia 21 Tahun. Program tersebut turut disertai oleh Hafiz Halim, Amar Baharin, Afzan A. Rahman, Lan Siro, Alex Yanz, Dayana Roza, dan Sura Sojangi. Dalam pertandingan tersebut beliau berjaya menewaskan pencabar terdekat Hafiz Halim yang juga merupakan seorang pelakon. Hairi juga merupakan pelakon teater. Nama beliau semakin dikenali menerusi lakonan drama dan telefilem dan beliau merupakan pelakon yang kerap berlakon di bawah Produksi Zeel Production. Beliau juga merupakan seorang pelakon yang mampu membawa pelbagai watak sama ada protagonis lawak atau antagonis dengan begitu baik.