Politik Hajiji_Mohd_Noor

Beliau telah dilantik sebagai ADUN Sulaman sejak 1990 lagi. Sebagai salah seorang ADUN terkanan dalam Kabinet Negeri Sabah, beliau telah dilantik sebagai Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Namun, setelah kekalahan Barisan Nasional dalam PRU 14, beliau bersama-sama dengan rakan-rakan dalam UMNO Sabah telah bertindak untuk keluar dari parti.[3] Hanya segelintir sahaja ahli yang masih bersama dengan UMNO Sabah.

Pada 4 April 2019, BERSATU Sabah telah dirasmikan oleh Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad dan beliau telah dipilih sebagai Ketua Penyelaras BERSATU Sabah.[4]