Hakisan menghulu merujuk kepada
hakisan yang terdapat di arus asal
sungai, tetapi hakisan menghulu terbentuk secara pergerakan ke arah belakang (hulu sungai) sebuah aliran sungai, serta dapat memanjangkan sebuah aliran sungai.
[1][2] Ia juga boleh merujuk kepada pelebaran
ngarai melalui hakisan di sepanjang di bahagian pinggiran paling atas, apabila simbahan air memasuki ngarai dari permukaan yang lebih rata di atasnya, seperti di Taman Negara Cantonlands di
Utah,
Amerika Syarikat.Hakisan menghulu merupakan proses hakisan fluvium yang dapat memanjangkan sungai,
lembah atau
galur atau lurah di sumbernya dan juga dapat membesarkan sistem
lembangan saliran. Sebagai contoh, hakisan menghulu terdapat di
Sungai Shenandoah, anak sungai kepada
Sungai Potomac di negeri
Virginia, Amerika Syarikat, iaitu memungkinkan Sungai Shenandoah untuk mencapai atau menangkap hulu-hulu (atau punca) sungai secara berturut-turut bagi Beaverdam Creek, Gap Run dan Goose Creek, iaitu tiga anak sungai yang lebih kecil daripada Sungai Potomac. Ia mempercepatkan proses hakisan menghulu kerana setiap pencapaian atau penangkapan bakal menambahkan efluen ke Sungai Shenandoah.
[3] Terdapat tiga aliran
sungai yang terbentuk akibat hakisan menghulu iaitu sungai insekuen yang terbentuk secara hakisan rawak tidak mengikut bentuk permukaan
tanah, sungai upsekuen yang terbentuk melalui hakisan menghulu dengan pemotongan
batuan yang kurang rintangan, dan sungai obsekuen dan resekuen terbentuk secara akan datang di kawasan sungai insekuen atau sungai upsekuen.
[4]